biar kurang jangan lebih...
Merungut.
Anda pernah? Saya selalu.
Baru jalan sikit dah kecoh sakit kaki lah,sakit pinggang,sakit belakang..
Baru takda air, habis bising bising satu rumah
Baru black out, err..ok saya diam.
Tambahan pulak pergi solat terawikh,macam macam kerenah makcik makcik yang boleh tengok.
Ini lagi lah saya suka merungut.Mana taknya, jubah sama hitam bling bling,perangai semua lain lain.
Tapi kadang-kadang logik jugak nak marah, kalau setakat sikit sikit didik diri sendiri jadi sabar.Ujian ramadhan.
Bayangkan makcik saf depan, tapi dia duduk agak agak 50 meter dari saya and member, dia panggil untuk isikan saf depan dia yang kosong.Err, makcik boleh je panggil orang sebelah tu rapatkan saf,or makcik sendiri yang pergi depan tu,or makcik panggil orang dekat dekat sebelah je.Pantang nampak orang Msia.[tengok kan saya dah start nak emo emo ni].
Bukan saya malas nak bangun,bukan saya taknak dapat pahala lebih duduk depan,solat kat sini tak macam Malaysia.Semua solat dalam masjid, karpet memang siap partition.Kalau kat sini atas tikar je.Sempit dia agak la sebab jemaah nak solat bukan sikit,ramai.So, kalau kaki kau tersepak kepala jemaah belakang,normal .Jangan sengaja sudah.Takpun bila waktu sujud kau kena cium kaki jemaah depan.Agak rapat.Sebab orang perempuan bukan pergi solat lenggang kangkung,beg lah sejadah lah telekung quran kasut lagi.Semua letak dekat tempat kita solat je.So nak taknak kena solat jugak lah.Kalau taknak sempit sempit tak payah datang masjid jemaah la macam tu.Solat sendiri dalam bilik depan kipas.Maka,agak susah la saya nak bergerak nak isikan tempat kosong tu, nak kena redah redah,angkat barang barang sendiri.Uish.
Abaikan,belum masuk cerita yang datang lambat tapi nak jugak solat saf depan depan.Habis semua orang nak redah.
Lama-lama, saya dah jemu dan sendiri adaptlah dengan mereka mereka ni.Kalau nak marah pun,kurang pahala .Baru je nak start buat ibadah dah nak marah bengang bengang kan.Baik buat tak tahu je takpun layan je lah.
p/s: saya banyak merungut.saya terai reduce.banyak benda saya belajar hari ini.Terima kasih Ya Allah :)
Comments