Pages

Saturday

Budak-budak selalu jujur



Tiada perlu mukaddimah.Kerana?
Entry ini agak tidak berfaedah saya kira. Pengeluaran entry hanya berlaku apabila ia directly proportional dengan emosi.Haha.Stghesssss.


Mari ikuti kisah benar di bawah.Hehe:


Pada malam yang hening, saya bersama kedua ibu bapa sedang mencari restoren untuk makan malam.
Dan apabila terjumpa sebuah restoren yang agak weird, berhenti juga kerana satu-satunya restoren yang buka kerana pada hari itu semua restoren tutup.

Abaikan penggunaan tatabahasa yang teruk.

Sementara menunggu makanan yang di order sampai, agak lama. Abah berulang-kali pergi ke kaunter bertanyakan bila makanan akan sampai.

Kelihatan hanya tiga hingga empat orang pekerja yang tinggal.Saya kira hanya tiga orang rasanya, ibu ayah dan seorang anak perempuan yang tugasnya mengambil pesanan.

Tunggu saja dengan separa sabar.

Oleh kerana restoren open, agak gelap .Hanya lampu-lampu kelip kelip hari raya yang menyinari.Tidak lupa bulan yang lebih cerah saya kira.

Saya mengalih pandangan ke meja sebelah.Seorang ibu dan anak kecilnya sahaja.Umur dalam 5 atau 6 rasanya.Macam tadika. Setelah makanan mereka siap, sebab hanya take away, ibu itu pun mengajak anaknya pulang..

Saya hanya memandang gelagat anaknya yang tidak mahu pulang.

Ditarik (dengan baik) oleh ibunya, dan secara jelas saya dengar budak kecil itu mengatakan sesuatu sambil melihat saya dan dalam keadaan terpaksa untuk pulang.

Saya yakin dan percaya bahawa sesungguhnya (baca nada ruzaidi debat BM), anda pasti mahu tahu apakah ayat yang telah dilontar oleh budak kecil tadi selaku pihak kerajaan.Haha.

Oleh kerana saya telah terbaca satu entry ariffshah berkenaan " Budak memang jujur", ...Anda pasti setuju dengan statement ni bukan? Mungkin berdasarkan pengalaman masing-masing...maka saya dengan luluh hati ingin beritahu apa yang telah dikatakan oleh anak kecil tadi.

























" Ibu, kakak tu cantik la! "





Saya buat-buat tak dengar tapi hanya membalas senyuman kepada ibunya tadi.....

Wednesday

Changing,aint easy.



I am glad to see my friends taking their steps, trying hard and keep standing.Despite other factors that makes them in the same position,stagnant..Everyone do change. Good one may sometimes change,either being more better or "turnback" unconsciously..Our Imaan will increase and decrease.The one remains stable, the angels.

Dissapointed.This is what i will feel after doing wrong things..and because of this feeling, i am sure i have commit a sin and i need, or in exact, i must repent to Allah..Chance.Allah always give us the chance to find a way back to His right track.It depending on us to take it or leave it..If you choose to take other tracks,you will find the way to walk upon, but you will never find the final destination, which the palace that every Muslims find their Creator.

I know, if we struggle and aiming to be better than before, Allah will give us obstacles.Clearly, He want to test you .Did you really determine with what you expect you want to be? Given a small test, we act like it will be end of our life.Back to past two to three years , i  keep asking.Why , why and why.Now, at this moment, inshaAllah i am deeply knew the hidden sweet stories that Allah kept for me and of course all of us.

Be grateful, for what had happened, and what will happen in the future.Everytime when knowing we had done a mistake, be grateful.Alhamdulillah.We still have that good sense to detect any black dot that start to grow in our "heart".A.S.A.P do clear it and stop their growth by diminishing "their" basic needs.

And here some story that i want to share.

"Salam.dear, percentage of miserable is too high.I cant withstand it..T.T, feeling of uneasy etc.."

Replied.

"Wassalam..Hey, chill..What makes you feel all those things? Do find the FIRST or root of that "feeling problems".So then you will eliminate the first cause at the first place.InshaAllah..:) "

(for sure the messages in malay language XD)

That simple sentence makes me think and already have the answer to solve the problems.


Good,better, muslimah,muslim.Sensitive words?
Do throw away your ego.
Being like them,does not harm you at all.
Unless you being an extreme one.
But hey! Fastabiqul khairat (struggling doing ibadah to Him,to please Him)



Keep praying for Syrian,Palestinian and Egyptian !


p/s: im not sure what the feeling should be inside when i had given extra topics for assignment.here they are:

asthma and COPD
asthma and rhinosinusitis
asthma and pregnancy
asthma and hypertension
asthma and autoimmune urticaria.

doing the 1st and 2nd topics makes my written assignment ,10 pages and the doctor commented it doesnt enough.FULLSTOP.
do pray a lot for me.thanks! :)

Friday

Belated teacher's day.Hee


Tiada satu pun SMS yang ter delivered tahun ni.Even ucap komen pada "dinding facebook".
Sedih,pilu semua ada.Rasa nak wish face to face pun ada..



InshaAllah, semua yang pernah jadi guru bertauliah atau tidak pada saya, inshaAllah inshaAllah selalu ada dalam doa.Guru bertauliah macam biasa la banyaaaaaaaaaaaaaaaak.Kalau ikut hati nak senarai semua sebab excited.Tapi apakan daya..Hehe.


Mrs Wu Chow Wah, Pn Siti Zanuriah, Pn Rohani Abd Hamid, Ustzh Nurul Huda, Ustzh Nur Izzah, Pn Azizah, Pn NoorAini(ni selalu tumpang kereta beliau dulu.hihi).ustaz.dan semua yang lain.InshaAllah saya masih ingat.Cuma yang tak ingat guru besar,nama beliau.Even every week assembly, rasanya ada makhluk baca skrip.Haha.Adeeh.Rasanya sebab banyak kali tukar guru besar.Barangkali..Mungkin juga sebagai alasan sebab tak ingat nama.-.-


Pn Zuwina, ehehe.Ni guru kelas time gua/saya/aku/ana tingkatan 1 setengah..Seingatnya, cikgu adakan debat between ikhwah akhawat (ecewah sejak bila zaman sekolah pandai guna term-term ni.haha).Saya pun dah tak ingat macam mana boleh ter- join, bersama dua lagi sahabat.farahin dan sorang lagi.Hilang ingatan dah sebenarnya..Dan seingatnya lagi, team perempuan menang dengan markah 200/100 lebih kurang.Ini serius.Haha.Rasanya sebab izin laluan dan pergaduhan besaar berlaku antara menteri-menteri terlibat.

Belum masuk cerita Cikgu Rosli mengajar semua tidur kecuali dua tiga orang yang masih berjaga dan antaranya confirmlah saya! (tak boleh jalan betul -,-).Bila dah part tengah hari ,dua masa sebelum p&p berakhir, biasalah panas terik hanya Tuhan yang tahu.Even kipas on tapi masih perlu menggunakan kipas tangan.Oh,sebelum terlupa Cikgu Rosli ajar subjek geografi sebenarnya...Tapi saya rasa tiba subjek sejarah pun begitu jualah keadaannya.Termasuk subjek Bahasa Melayu time form 1, hanya tinggal dua orang plus minus yang tak tidur..Astaghfirullahal'azim.Orientasi yang menyiksa jiwa mungkin.


Kena berdiri dalam kelas, berdiri luar kelas dekat koridor sampai habis waktu sebelum rehat.Gara-gara tak siapkan esei yang wajib semua orang karang untuk dihantar ke pertandingan.Time ni umur saya 17 tahun, oh.Perasaan yang berbelah-bahagi, perasaan segan kerana orang comel dan famous kena berdiri kat koridor ditambah budak kelas lain yang keluar awal untuk rehat,serta dipandang junior dari blok berlawanan.Perghhhh.Difikirkan balik, nasib baik ramai lagi member yang turut serta berdiri iaitu hanya tinggal kurang dari 10 orang yang siapkan esei tu, hilang sedikit perasaan malu tadi.Hahahaha.


Rindu jugak pada Cikgu Hazian, ajar maths, well.orang kata muka iras muka saya.Apakan daya..Hihi.
Tak boleh siarkan gambar sebab nanti berlaku perbandingan ketara sebab cikgu cantik lagi..hehe.







Ustazah Sholihah Ahmad, ajar Bahasa Arab Tinggi.:) part yang lawaknya, saya baru je tau Ustaz Akli Ahmad tu adik ustazah,padahal dulu ustaz Akli bagi ceramah dekat sekolah.Ahaha,nampak sangat buat apa la time ceramah.=="

Guru kelas yang saya kira paling saya admire.Hehe.Character beliau sebenarnya buat saya rasa beliau "dekat" dengan anak muridnya.









bahasa kedah.tak faham,tanya jiran.harap maklum.



Ini hanya sebahagian kisah-kisah minoriti dan tidak menarik untuk diceritakan.Tapi masih boleh diingat.Orang lain saya kira punya kisah menarik untuk dikongsi jika bercerita perihal #schoolmemories.Kisah panjat tangki air barangkali? Disebabkan saya cuak untuk berlari ke atas, maka niat terbatal setelah diajak,didesak untuk turut sama.Saya menolak dengan baik atas alasan mahu menyambung membaca Al-Quran.Muahaha.Padahal tinggi tu satu hal, nak lari lari, selinap bawah pagar, panjat pagar, dah ala-ala plkn perghh memang takla nazihahamin yang control ayu nak buat kan.Semua gejala rahsia ni berlaku pada hari Jumaat di mana tiada seorang ikhwah pun berada dalam kawasan sekolah termasuklah...pak guard yang betul-betul bilik beliau depan kawasan larangan tangki air tu.Hikhikhik.


Ummi, guru yang mengajar saya paling lama dalam sejarah.Hihi.
Abah juga.


Happy Teacher's Day Ummi!
Happy Teacher's to-be day Gbob!
Nadiah and others too.:)



"Ya Allah,Engkau Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, rahmatilah mereka dengan rahmat kasih sayangMu, limpahkan kurniaMu ke atas mereka, moga sejahtera kehidupan mereka di dunia dan akhirat".Ameen Ya Rabbal 'alamin.






Tuesday

‎"Hidup bukan setakat basic, tapi perlukan aksesori"


‎"Hidup bukan setakat basic, tapi perlukan aksesori"

Kalau basic ada rumah, sure letak curtain etc etc untuk nak cantikkan.

Kalau basic makan sehari sekali(at least) dh cukup untuk bagi energy, knp makan banyak kali, 


tak termasuk makan yg lain2.hihi :D


Sama macam ibadah, yang wajib memang wajib.Selain tu byk ibadah sunat lain yg InshaAllah


 boleh sama2 kita amalkan.#selfreminder

Agk tersentap bila baca "mcm mn kita kasihkan Allah? dengan memperbanyak amalan-amalan



 sunat..."


Hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a. 


Rasulullah s.a.w bersabda:













Few days ago, dalam hati sangat teringin nak baca novel/buku selain module or academic-


substance.Haha.




Esoknya, bila habis extra class revision, dapat buku raheeq-makhtum Sirah Rasulullah.

Rasa macam.........speechless habis.





"Baru semalam je teringin nak "reading" .."




Allah bagi direct.Alhamdulillah.




Tapi... baru semangat nak baca buku tebal alam tu, hehehe.Content sama macam 


buku Bibliografi Nabi Muhammad..Pernah baca dah dulu.And some cerita dalam buku sirah


tu ada yang tak complete macam dalam buku bibliografi.Hihi








p/s: different gender should have the line,the boundaries,


 between both different creatures.its not limiting your freedom,but Islam teach us to limit


any unwanted things. im still learning.please, trying hard being a positive thinker as long 


as you follow the guidelines given by Islam.









Friday

Senyum berkadar terus dengan 'penat'






Rasa 'penat'?
Seringkali buat aku terhenti seketika...
Rasa 'penat' ini jugalah yang buat aku tersedar dari lamunan dunia.


Syukur,
Aku masih mampu bernafas;
walau rasa 'penat' ini hakikatnya mampu menghentikan gerak kerja
Syukur,
Aku masih mampu untuk bersyukur.


Oleh kerana 'penat' ini jualah,
Rungutan demi rungutan berlegar di ruang udara
Bukan apa,
Hanya sekadar mahu menyedapkan hati
memberi peluang 'penat' tadi hilang dalam tawa.


Pujuk hati,
Jangan dilayan rasa 'penat' 
Nanti takut bawa pada kufur nikmat


Alhamdulillah
Allah ajar tenang itu sesungguhnya dariNya 
walau kadangkala 'penat' ini mengacau jiwa.






nurnazihahmohdamin
12:47a.m
caffeinevictim:)














p/s: hanya penulis yg mmpu menafsirkan 'penat' itu.hehe

Sunday

Isteri ketua kampung hving SLE, bomoh dpt nama..





We spend for 6 7 years learning how to doctor the disease,

 but how long do we spend to doctor the patient?








Having GOOD communication is very important.

Asking their names, at least..you will see their smiley faces :)


GPS Mesir...



Di UK,gps de nama TomTom..

Di Prague, namanya GoClever..

Di Mesir...;)




Saturday

mix feelings



Apa yang kita benar-benar suka
Kita rasa ianya yang terbaik
Kita rasa yang paling hebat
Kita rasa sempurna maksima


Tapi,
tak selalunya kita dapat
tak selalunya ianya betul-betul "kena" dengan jiwa


Benar bukan?


Allah..

**********



Kadang-kadang kita rasa kitalah yang paling tidak bernasib baik, selalu ditimpa ujian..
Selalu kecewa, terasa hati malah kita rasa kitalah orang yang paling sedih..


Padahal orang lain jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuh lebih haybat ujianNya.
Mereka buat apa?
Adakah seperti kita? Mahu menjadi yang tertinggi, tapi tidak "besar jiwa" nya..


Contohnya...
Saya rasa sayalah yang paling hebat..Berjalan kaki dari sporting ke gamaah.[ jarak dia haha tak reti nak agak]..Saya balik pun dah nak dekat Mahgrib rileks je jalan..Dan dulu malam solat terawikh jalan dari Masjid Gami' Ibrahim ke Gamaah..balik je nak dekat pukul 12tengah malam..subuh pukul 3 4 macamtu..penat..


Padahal, rupanya ada lagi orang yang jauh jalannya..
Dari bangunan mara ke camp caesar..




Saya perlu jadi orang yang bersyukur.I mean bukan sekadar cakap je..
Susah..Payah..
Dan yang pasti, perlu mujahadah.


***********



Bila bercakap tentang apa jua jenis makanan, akak akan cakap "oh ummi suka masak ni dulu" "ummi pandai masak ni" dan sebagainya.


Orang akan tanya " zihah pandai tak buat? "


Senyum sengih-sengih." Saya makan je pandai, tak tawu buat pun.Hihi"


"Nanti balik Msia, pergi la belajar buat semua okey"-kawan


HAHA..



Ummi,

Akak nak wishing you " Happy Birthday!"



Moga Allah beri sumber kekuatan saya ini juga kekuatan.
Moga Allah beri sumber ketenangan saya ini juga ketenangan.
Moga Allah beri sumber cahaya saya ini juga nur dan rahmahNya.



Ameen.

akak sayang ummi ! :')



Monday

Heaven's Door





"......A tear that fall in your glass and mix
with the water slowly sip
to be consumed and swallowed slow
to quench your thirst i give my soul
to nourish you and then to flow
to you blessed body and fleshed bone
as you walk and as you play
as you smile and as you pray
as you sat beneath the shed
blessed upon Medina states
......"


Nothing more
Nothing more
Nothing more..

:')

Sollahu'ala Muhammad, Sollahu'alaihi wasallam



p/s: direct writing while watching the video.sorry if there'r mistakes


Jealous



Salam, moga dalam rahmatNya :D









And i thank Allah to have them by my side :)








Tiada term "berpisah" jika berukhuwah kerana Allah



p/s: Good luck exam to senior 4th yr.and shbt2 this coming practical :)

Tuesday

Searching..Live move on:D



In progress searching for the complement.

Criterias:

1.Muslim

2. Women

3.Doctor

4. Good at cooking.This one seriously serious.
Traditional malay dishes especially masak lemak =="

5. Others


And last but not least...







Whatever as listed, improvement is necessary.


may Allah bless you.!

:) :) :)


"Isteri yang halal disisi, tidak lain dan tidak bukan adalah anugerah dan amanah dari Allah"




Monday

vertebrae




Support system,



samsung note atas sumbang ihsan nadia (Y) ;)


yes they are!


Antara tujuh golongan yang mendapat syafaat di padang mahsyar ialah golongan yang bersahabat kerana Allah!


InshaAllah.InshaAllah :)


may im the one who always being a supporter for them too.trying.sure im not perfect, prefect perhaps.tehee


May peace be upon you!





Sunday

sms delivered , silap timing

A night AFTER finishing final sem exam.lol.due to miscom..haha






Learning isn't easy
Frustration tends to set in quickly
You hurts, you feal defeated
You wanna give up, to quit
You wanna walk away and pretending it doesnt matter
But you wont
Because you are not a loser
You are a fighter
We have to lose something before we can win
We have to cry sometimes before we can smile
We have to hurt before we can be strong
But
If you keep on working and believing
You have victory in the end..


-Syarfina Syahida Abdul Yamin







on my way back from cairo, see the reflection.haha

Jangan baik tak bertempat


Watak "Aku" dalam cerita di bawah mungkin saya, mungkin juga orang lain.Harap maklum :)

Sekali lagi post yang bosan ,kalau tak larat esok esok lah baca.:D



“   Awal-awal dulu aku memang pegang prinsip aku sendiri.Tambah-tambah waktu zaman sekolah.Bukan aku anti-lelaki.Tapi aku rasa semua tu tak perlu.Semua pun tahu kan still sekolah.Nak spm pun tak lepas lagi.So, aku memang rasa macam nak beritahu semua orang yang couple tu.Perlu ke time sekolah? Ada jugak aku lepak dengan member2 and tanya apa je yang selalu dia sembangkan bila gayut phone.Dah makan ke belum ,sihat ke tak etc etc.Eh, aku musykil jugak tak bosan ke apa hari hari takpun bayangkan kalau setiap tiga jam call.Hah.Tanya soalan sama every single day.Yes la ada jugak la bab lain.Mana la aku expert kan..Hehe

And aku rasa tiada sikit pun kepentingan untuk beramah-mesra excessively dengan opposite gender.Even classmate aku pun.Bila orang tanya, eh takkan tak cakap langsung.Aku tanya balik,masalahnya aku nak cakap apa? Haha..Waktu P&P belajar la macam biasa, bila prep aku habiskan homework, prep malam aku study.Lepastu balik tido.Haa, ce cari time bila aku nak cakap-cakap and aku pun takda keperluan pun so no need.Tapi bila part-part kerja, aku bercakap jugak ok...Aku tak le nerd sangat sampai nak kena tulis tulis atas kertas macam surat rasmi..Hee.Bila meeting, meeting macam orang biasa.Yang luar biasanya aku suka hati ja bila aku rasa nak turun meeting, aku turun.Kalau rasa meeting tu tak berapa penting esok-esok aku tanya mmber apa kerja aku kena buat..Bajet bos.Yang lain adik-adik buat.Hihi.

Memang 24jam sehari kerja aku tak lain bergosip.Haha, aku mana main study study ni.Cuma orang boleh cakap aku orang paling skema dan garang.Eh, ikut sedap je.Baik hati kot.Garang tu bertempat jugak kalau setakat campak baju kasut dari tingkat atas ke bawah tu normal la.Lain kali cuba belajar jadi orang yang pembersih kemas sikit.Cakap kemain hebat.Berangan bukan main lagi nak kahwin bagai lah kan.Takkan kasut sendiri pun tak tahu nak susun, baju bersepah-sepah last-last tersangkut kat pokok jugak kan.Ini bukan membebel tapi reality yang aku rasa kesedaran tu penting.Allah cipta manusia semua sama,perempuan satu je akal nafsu ada 9.Masa semua sama mana ada aku dapat lebih, Minah dapat kurang.Tinggal nak fikir je lagi.Aku rasa disiplin tu penting kalau nak jadi orang hebat dan aku sekali-kali tak cakap kat sini aku hebat pun kan..

Ni semua kisah dulu, kalau dah nama sejarah.Mana baik ambil iktibar, mana lemah perbaiki dan yang buruk buang jauh-jauh..

Nice-Pernah dengar word ni? Aku terfikir jugak nak cakap pasal ni tapi serba salah takut tersalah cakap ke apa. Guys, serius aku cakap kalau dengan perempuan jangan nice sangat.Eh kenapa pulak? Takkan nak ganas kot.Sabar relax dulu..Kan aku dah mention jangan nice sangat.Nampak tak? Faham ke? Orang yang nama perempuan ni hati dia lembut.Memang orang cakap perempuan ni lagi strong compare dgn lelaki..Tapi ada jugak part yang dia cepat tersentuh.Contoh, kalau lelaki take care even sikit pun macam tanya eh sihat ke tak ni,nak ubat tak?..Eh,ni pun perempuan tu boleh terjatuh hatinya pada awak ye.Nak list down kat sini panjang sangat contoh dia pulak, senang-senang nanti interview sendiri kakak ke adik perempuan ke.Heheh.
Sure ada yang tak puas hati, lah perempuan takkan macam tu pun senang sangat tersuka.Nak buat cemana, dah memang sifat dia lemah lembut suka yang baik baik.Orang buat baik sikit pun dia akan puji sampai ke sudah even kadang-kadang benda simple macam bagi laluan jalan dulu ala ala ladys first.Haha.Bunyi macam lawak pun ada.Ni aku pernah dengar la tak pernah alami pun.

Dulu aku ni jenis memang kalau first time nak kenal orang memang aku suka tanya banyak sampai kampung kat mana include belah ayah dengan mak.Takpun parents asal orang mana.Nak kata aku suka tanya pasal family,pasal orang yang aku tengah nak kenal tu tak sangat pun.Hahaha.Dan bila chat boleh la aku sesuka hati tanya apa yang aku nak tanya kan.No jiwang jiwang punya issue ok.Sebab aku bukan jenis gelimat macam ni.(ni in case aku chat dengan opposite gender).

Aku rasa macam biasa la, bila nak tahu something tu aku akan tanya sampai dapat jawapan.Takyah nak scary sangat la..Bukan tanya apa pun, kadang cemana boleh excel subject etc etc..Tapi rupanya aktiviti ni tak sihat pun, even kadang-kadang tanya khabar kawan-kawan tu aku rasa cara nak erat silaturrahim dalam konteks kawan.Kalau masing-masing tak bertegur sapa tu nampak macam sombong sangat.Entah, bagi aku kalau kawan-kawan lama tak terasa nak tanya khabar aku apa salahnya aku yang bertanya.Tak rugi pun..Kalau dia reply bagus alhamdulillah kan rasa best.Ke tak best dia sihat?

Tapi, disebabkan sifat aku yang nice sangat ni la orang dah start salah faham.Bila chat dgn male contohnya mungkin aku terlepas pandang sepatutnya tak boleh terlebih ramah tanya soalan lagak reporter.Haish..Dan mula la timbul gossip gossip pelik kan.Dan secara tak langsung boleh pulak keluar cerita aku yang minat mereka dulu.Bila masa pulak? Padahal aku rasa biasa macam orang tak berperasaan sikit pun.Baru tahu rupanya mereka juga mudah tertarik pada ladies yang ter “nice”....

Cerita part ni mungkin minority dan jarang orang lelaki admit it.Tapi aku nak tekankan, bukan tekan keyboard.Guys outhere, please jangan nice sangat.Aku tak suruh jadi jahat,  Cuma kalau rasa benda tak penting no need to show or express(action) in front of prmpuan tu. Aku bagi contoh lagi, anda tolong beli panadol dan pass kat kawan baik de suruh pass kat de and suruh de makan.Hah, anda rasa perlu ke tak? Nice ni la yang aku nak maksudkan.Action-action yang anda nak tunjuk macam anda suka dia padahal takpun dan nak dia rasa suka pada anda.Macam nak test market anda je baik tak payah.Sebab dalam masa beberapa minit lepas action action anda tadi, ceritanya akan spread like a wildfire.Orang perempuan kalau bergosip memang cepat.Semalam anda jatuh longkang,minggu lepas lagi dah tersebar cerita tu.Haha .Okay.Hiperbola sikit.Tapi nak let you know that, bila macam anda saja-saja nak buat macamtu,memang nama anda akan terbang dibawa angin.Oh dan pastilah anda rasa anda femes kan? Hehe,malangnya tidak sama sekali.Anda akan menjadi bahan kutukan lagi ada la.Dikatakan player, playboy, playing hide and seek dan bermacam-macam lagi.Lagi parah keadaannya kalau anda berperwatakan yang sama kepada ramai ladies.Hee.Scary tak weh?? Oleh sebab ni lah,kalau rasa bila minum banyak kali tersedak, bila makan rajin aje tercekik.Mungkin time ni anda sedang dikutuk-kutuk.(pelik jugak word ni)..

Apa yang boleh aku simplify, aku dah dengar cerita banyak sahabat yang marah sedih semua ada pasal ni.Cerita paling aku rasa terkilan, no need to mention here,its like open their aib and of course its forbidden in Islam.Guys, kalau rasa tak suka seseorang, terus terang bukan terus meminang.Walaupun anda rasa anda akan break up, dan yang paling penting kalau dah masuk cerita akad nikah..Sila, sila sila sila dan sila beritahu seikhlas hati maaf zahir batin anda, anda tak rasa nak suka dia or dah ada orang lain or anything related.Again, aku tak pernah experience so nak cakap over pun tak boleh jugak kan.Memang that girl will hate you, marah, or macam nak commit suicide ke apa, tu normal mmg ppuan akan rasa sedih.Tapi better lagi dia tahu dari awal.Ni tak dah ending baru nak cakap.Hai, kata gentlemen...


Semoga anda-anda sentiasa dalam rahmatNya yang luas oleh kerana rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya.Kita memang insan yang mudah lupa, tak salah apatah lagi tak berdosa sikit pun kalau nak berubah ke arah kebaikan dengan niat keranaNya..Hati bukan milik siapa-siapa,bukan milik kita mahupun dia.Tapi hak mutlak Dia yang berkuasa.



Saturday

Random







Berat rasanya hatiku

untuk melangkah meninggal pergi

kasih dan cinta telah bersemi

Subur dan mekar di sanubari

Bersama azam untuk mencapai

Cinta ilahi...

-ustaz tak tahu nama.muahaha


nak dengar dia nyanyi search je lah kt yt.hihi

Turunnya 16 ayat AQ , kisah Abdullah Ummi Maktum :)



Pinjam jap 3 minit 29 saat, do watch this video!

InshaAllah, kita lebih daya dan upaya fizikal berbanding Abdullah Ummi Maktum kan?

Apa salahnya, pinjam semangat beliau! :D








Esok exam med term.oh bukan mid term.tapi medical terminology 15 minit ,marks campur 12% dalam modul 1 tahun lepas.hihi

*15% =.="

Friday

Reflections




time exam OSCE dulu





Colours

 not just even rainbow

in the dark it glow

 to choose the special one;how did you know?

Deep in your heart it melt slow



Same goes to friend,

Banyak warna, warna yang menenangkan , itu yang anda suka.


:)







Monday

Saya dapat..#part2



Nah,some souvenirs.:D





part ni best sbb price dlm rm0.50.kalau usha price kat carrefour 100LE lebih-.-

Fawi's souvenirs-ireland


ni best jgk sebab banyak flavor,tapi sebab limited edition dapat empat je.tehee




Akak zatul's souvenirs-UK




Burj Khalifa,Dubai

Syimi's souvenir-Dubai




oh.ni filling choc atas tadi.hee



widad gigih beli kat Hurghada:)

As mention, Hurghada 



Exclusive range of lapel pins captures some of the most 
 well-known images from Ireland's rich heritage and culture.

Saya pinjamkan laily bagpack,dia bagi ni plak dah.Btw thanks la laily :)

Laily's souvenir-clearly mention eire;)


Haha :D





Fina's-eire jugak









hairclipper kot :D



maybe sticker ni kak ain termasukkan dalam plastic skali tak sure.hihi





Kak ain's-eire


And few fridge magnet from Dahab,Eire and hurghada.
*malas nak snap sebab ada kat fridge.muahaha



Thank you !

<3

Ada sesiapa nak bagi lagi?
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. :)

Saturday

February.precious


28th February 

Orang kata muka saya iras muka abah. Saya tertawa.Tiada jumpa persamaan.

Tapi selalu saya iakan saja.
Yang pasti perwatakan saya mewarisi abah.
There'r no words to describe how much i love him.





taken from fb,pic lain semua dlm pendrive and luckily pendrive hilang



May Allah bless you,abah :)


3rd February

Mujahid's birthday :)



tanak letak pic sebab ada satu entry full pic dia aja.hehe


8th February





okay ni muka zaman muda remaja.


Nurul Firdaus.semua kawan kawan rapat call her daus..tehee, gua je panggil dia nurul.muka garang tapi sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat friendly.muahaha.



24th February







the only pic.direct crop




Bestfriend inshaAllah.Antara sahabat tempat saya gossiping, cerita problem, dan bergosip lagi.tehee.Orangnya baik dan yang best nama dia nor farahiyah tapi mak dia panggil ayuni and i call her rah.:D


26th February







Sahabt se-prefect zaman sekolah dulu.Tapi pangkat dia lagi tinggi dari gua la.Sama-sama balik sekali time cuti weekend.Dan fact dia ramah lagi dari saya.Hahaha


27th February








Salah seorang anggota keluarga tipu saya time sekolah dulu.Dan berpangkat anak no 2.LOL.
Talkative too.kan syima ? future Ir ameen ;)


29th February


Happy Birthday Faezah and Mariana!
Every year birthday gua, faezah selalu akan wish.Sorry la tak dapat nak wish on time tahun ni.
Celebrate 4 tahun sekali..nice.


1st March

Birthday ketua kelas time upm dulu



***




Haha.Gigih nya saya ingat birthday orang.



Family?
Precious

Friends ?
Precious

Allah and Rasulullah s.a.w?


The Most Precious






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...