Macam-macam Part 1
Banyak pengamatan yang aku buat.Nampak je kadang-kadang aku macam pendiam.Tapi aku lebih suka mengamati,mendengar dan secara tidak sengaja memang tersave dalam memory.Even benda-benda kecik yang tak sepatutnya orang ingat aku boleh teringat.Modul besar punya tak pulak camni.:)
Kali ni perihal masyarakat.Sebabnya boleh lihat macam-macam gelagat waktu pergi solat terawikh.
1.Tak rapatkan saf.
Yang ni memang sangat ketara.Kalau arab memang dia akan make sure kaki dia betulbetul sebelah kaki kau.Hehe.Tapi apa yang aku tengok, makcik ni style kalau orang sebelah dia keluar saf nak pegi toilet or nak balik taknak solat dah.Sure la sebelah dia kosong, hanya mengharap orang dari saf belakang untuk ke depan.
Bagus niat.Tapi kalau boleh memang makcik makcik ni macam taknak begerak langsung.Ya , sebab kadang-kadang sejadah dia ada kat situ,so kalau rapatkan saf tu habis la sejadah dia.Tak salah nak kedekut, mungkin boleh buatkan solat lebih khusyuk.Itu aku tak nafikan.Tapi kalau kosong mak ai macam timur barat dah jadi macam boleh letak mayat kat tengah tengah saf nak buat apa kan?
2. Yang berumur tapi solatnya...
First sekali aku nak highlight, aku tak cakap solat aku perfect sempurna habis.And berumur tu bukannya orang tua tua aja, tapi kalau dah belasan tahun tu kira berumur dah la kan? Umum, umurumur ni semua dah baligh kecuali kes kes tertentu itu tak kisah.
Meh sini aku nak beritahu sikit,bagi yang perempuan bila solat tutup semua kecuali muka dan tapak tangan sama macam aurat.Tapi kalau pakai telekung tu sure la memang tak expose tangan kan.
Anggota sujud.Kalau sujud tapak tangan tercover telekung, problem ni khilaf. Kalau ikut Imam Syafie benda yang dibawa masa solat (telekung,sleeve,serban) tak boleh lapik.ie tak sah.benda yang memang terpisah (sejadah,curtain) bolehla lapik.Tapi ada satu hadis cakap time sahabat nak solat,then panas sangat,sahabat ambil baju untuk dilapik.Dan bila berlaku macam ni,ada orang cakap hadis yang Imam Syafie sendiri bagi hujah beliau tu dhaif.Jadi berlaku khilaf.Tapi better tak terlapik (mcm telekung tercover tpk tgn) sebab elak khilaf and yang penting sujud kena firm.WA
Sama jugak dahi, 4jari letak kat dahi.Besar tu at least.
Bangun dari sujud, kan dalam satu hadis jangan solat macam unta, iaitu di mana gluteus maximus naik dahulu waktu nak bangun dari sujud.
Aku teringin nak cakap, tapi makcik makcik veteran tu.Seram sejuk aku weh.
3.LELAKI!
Kenapa aku caps lock? Sebab lelaki adalah imam solat.Seriously aku tak suka imam yang nak tak nak je time
jadi imam.Bacaan dia macam malas malas.Nak baca doa pun suara macam nak tertidur sekejap tinggi rendah tinggi rendah (bukan yang normal org baca ikut maksud doa tu).
Macam perempuan! Ni nak jadi imam ke tak? Aku macam tak khusyuk je nak solat imam camni.Suara tak sedap tu tolak tepi sekejap la.Even memang tak best pun solat kalau imam tak sedap bacaan.Tak berlagu.
Tapi kalau itu je kemampuan tak kisah la.Janji dia dah tunai tanggungjawab untuk imamkan orang lain.
4. Mengantuk lebih
Aku experience kejap solat terawikh kat sana (place where i study). Solat hanya 8 rakaat sikit je.
Aku bajet 20 wehh.
Tapi..
2 rakaat dalam 15 minit.
Dalam 3 4 helai juzuk tu.
Habis empat rakaat stop ada tazkirah.
Takda selawat selawat macam kat Msia lepas habis setiap 2rakaat tu.
Witir baca doa qunut start dari 1 ramadhan.
Doa qunut pun lebih kurang 15 minit..
Aku rasa takda pun orang arab yang tertidur.
Kalau try kat Malaysia apa jadi ha??
5. Pemikiran yang di set
Kalau orang tu berbadan kecil mesti kita akan cakap darjah berapa la agaknya.
Ni satu lagi style yang aku tak berapa like terhadap makcik makcik ,
"Budak budak kecik duduk saf belakang"
Ada experience member aku tapi umur dia tua setahun dari aku.Bukan belasan dah weh.
Dengan selamber time dia nak solat ada sorang makcik ni tarik dia suruh pergi belakang sebab..
Sebab apa?
"Budak budak kecik duduk saf belakang"
Padahal time tu saf belakang belakang dah penuh dan terpaksalah beliau solat kat bahagian LUAR masjid.
Ditanya kenapa tak cakap je, dia cakap malas lah nak gaduh gaduh marah sebab hormat orang lebih tua.
inilah - datang lambat tapi nak duduk depanisme. tahu?
Tengok la even badan kecik, boleh beza lagi yang sekolah rendah ke yang dah universiti.
Justeru, saya menyeru diri sendiri dan rakan-rakan untuk berubah ke arah yang lebih baik.
InsyaAllah.
Doa jangan putus, usaha harus berterusan.
p/s: aku mention makcik makcik , jangan cakap aku tak suka orang tu pulak sebab nanti aku dah besar pun orang panggil aku makcik makcik jugak.And lagi satu takkan pakcik kot sebab aku bukan solat kat bahagian depan masjid =p
Comments