Hebatnya Doa (Ramadan reminder)
Part of tazkirah given by an ustaz after Taraweh prayer, this is just what i can recall from my not-so-good memorization. Heheh.
Salah satu ciri orang beriman dalam Surah Sajdah adalah berdoa.
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Manusia ni memang sifat dia berhajat pada Allah, barulah nama nya Abdullah (Hamba Allah).
“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi “. (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Maka dalam hadis ini, disebutkan pokok pokok akan memanggil dengan gelaran "Abdullah" dan bukan Jundi-Allah atau yang lain.
" Ya Abdullah (Hamba Allah), mari ke sini. Di belakang aku ini ada Yahudi "
Untuk kita betul betul menjadi hamba Allah, salah satunya ada lah dengan kita berdoa .
“Dan Tuhan kamu berfirman:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”.
(Surah Ghafir, 60).
Kata Nabi, doa yang baik adalah pada waktu di antara tahiyat akhir dan sebelum memberi salam iaitu dengan
Berdoa agar terlindung dari 4 perkara.
Apakah 4 perkara itu ?
1. Dijauhkan dari neraka Jahannam
2. Dijauhkan dari siksa kubur
3. Dijauhkan dari fitnah hidup dan mati
4. Dijauhkan dari fitnah Masih Al-Dajjal.
Kalau throwback zaman sahabat, ada satu kisah dimana ayahnya menyuruh anak nya solat sekali lagi lepas anaknya tidak berdoa sepertimana di atas.
Doa ni, kena ingat ada 3 keadaan :
1. Bila kita berdoa, terus Allah bagi segera.
2. Bila kita berdoa, doa tu Allah terima, tapi Allah tangguhkan.
Tangguh sampai bila ? Mungkin esok, mungkin seminggu, mungkin setahun, 10 tahun hatta 60 tahun.
Contohnya : Si Ayah berdoa supaya anaknya jadi anak yang soleh, umur 60 tahun Allah tarik nyawa, dan mungkin dengan kematian si ayah tu baru anaknya jadi soleh. Doa ayahnya makbul sedangkan ayahnya sudah kembali pada Allah.
3. Bila kita berdoa, Allah terima doa kita, tapi Allah tak bagi. Sebab apa? Sebab Allah Maha Bijaksana dan tahu hamba nya ini lebih berhajat kan perkara itu di syurga, Allah gantikan dalam bentuk pahala.
Macam mana kita nak tahu doa kita diterima atau ditolak ?
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit :
Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Nak diceritakan pemuda yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya, berdebu mukanya ini keadaan seorang yang sedang musafir. Doa orang yang bermusafir ni mustajab. Tapi, sayang doa nya tertolak kerana
1. Makanan yang dimakannya haram
2. Minuman yang diminumnya haram
3. Pakaian yang dipakainya haram
4. dan setiap apa yang masuk ke dalam mulutnya adalah haram.
Ustaz kata kalau ikut matematik fikh,
1. Makanan yang dimakannya haram
2. Minuman yang diminumnya haram
3. Pakaian yang dipakainya haram
4. dan setiap apa yang masuk ke dalam mulutnya adalah haram.
Ustaz kata kalau ikut matematik fikh,
" Apabila yang halal bertemu yang haram, maka menanglah yang haram "
Macam ni,
Jikalau :
1. Sumber halal + benda (makanan cthnya) itu haram = haram
2. Sumbernya haram + benda nya halal = haram
3. Sumbernya haram + benda nya haram = haram kuasa dua (hehe)
Pada yang ke 3 itu , bukan macam math, negative negative jadi postive. Oh no.
Makanan yang Haram
Kita refleks balik, bagi sesiapa yang merokok, (ahh ada yang allergic dengar pasal rokok ni), relaks dulu. Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk slow slow berhenti.
2. Sumbernya haram + benda nya halal = haram
3. Sumbernya haram + benda nya haram = haram kuasa dua (hehe)
Pada yang ke 3 itu , bukan macam math, negative negative jadi postive. Oh no.
Makanan yang Haram
Kita refleks balik, bagi sesiapa yang merokok, (ahh ada yang allergic dengar pasal rokok ni), relaks dulu. Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk slow slow berhenti.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telahmemutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam)
Walau ada yang berselisih pendapat dengan mengatakan, hukumnya paling tidak pun, makruh.
وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬اۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ
Al Maidah: 88
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Allah dah suruh kita makan rezeki yang halal lagi BAIK.
Tapi ,cuba tanya adakah dengan hukumnya makruh, dapat menaikkan taraf rokok itu baik ?
Kita tak risau, kalau kalau rokok yang sedikit ini punca doa kita tertolak ?
Kita tak risau dan pelik kenapalah anak anak kita dah berusaha, sama je jugak. Dah berdoa pun siang malam?
Cuba refleks hasil sumber nya. Bukan dari kita menipu, kita rasuah, kita ambil hak orang lain dan mana mana sumber lain yang jelas haramnya.
Sebab itu, suami kalau nak beri isteri anak anak makan, pastikan dari yang halal sumbernya. Kalau tidak, dia berlaku zalim pada anak dan isteri.
Rasulullah saw bersabda :
“Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, api neraka lebih berhak baginya”
(HR. Ahmad)
Biar rezeki yang ada itu sedikit, tapi di dalamnya penuh keberkatan.
Pakaian yang dipakainya, haram.
Suami, kalau bekerja gaji 10 ribu , tapi tak mampu untuk menutup aurat anak isteri (selagi di bawah tanggungan), sia-sia. Gaji 10ribu tapi memikul juga dosa.
Perlu untuk kita sentiasa berhati-hati menjaga perkara-perkara seperti yang disebut dalam Riwayat Muslim di atas, agar menghindar doa kita dari tertolak.
Adab berdoa
Dimulai dengan puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada baginda Rasulullah s.a.w dan juga diakhiri dengan pujian kepada Allah.
Wallahua'lam.
A lady focusing on the lens while others are khusyuk-ly having a prayer/Ili's Birthday celebration//Gamaah/Alexandria |
Benarlah
" Kita hidup (yakni kejayaan kejayaan hari ini) juga atas ihsan doa orang lain( tanpa pengetahuan kita) " -nazihah.amin
:)
Comments