Hati




Ekspresi. Selalu salah.
Bila duka, ketawa. Dalam hati, basah, hiba.
Tak tahu kenapa, manusia, lain lain rasa.

Kita, perlu bahu menumpang, berkongsi apa yang jiwa mahu berkata,
Tatkala tiada siapa,
Kita mencari Dia.

Sungguh, rasa ini, Dia saja yg tahu.
Tak terungkap,
Tak terucap,
Sakit kah,manis kah, atau sepi sayu.

Dalam perjalanan kita pulang ke kampung halaman, banyak insan yg hadir,banyak insan yang kita temu. Semua nya, Dia tetapkan. Sama ada kita belajar sesuatu, atau mereka belajar sedikit dari kita.

Waktu itu kehidupan. Kehidupan perjalanan hamba, yakni kita belajar mengenal Tuhan . Bukan sekadar hanya meniti dibibir namaNya, tetapi, sampai kita betul betul percaya.

Meletak sepenuh kepercayaan pada Allah atas apa jua yang berlaku dalam kehidupan. Musibah, ujian, hikmah. Mana mungkin kita masih boleh berbaik sangka pada Tuhan,saat kita diuji hingga jatuh ke bumi. Ujian untuk didik dan tanam dalam diri kita, put your trust in Allah. Susahnya, kita pinta pada Dia,permudahkan.

Kata murabbi, manusia ini ibarat chipsmore. Bila tiada chocolate chips nya, tak sedap. Chips nya mesti diletak pada biskut. Di tengah, di tepi. Sama macam manusia, Allah dah tetapkan semua sama macam kedudukan letaknya chips, jika Allah bagi kita nikmat kesihatan, kita sihat. Jika, Allah nak tarik, Allah ambil.

Aku meletakkan setiapnya punya hikmah. Tersembunyi.
Pasti kita ketahui kelak, jika tidak, Dia lebih Maha Mengetahui.


Ana uhibbukum fillah.
Terima kasih atas segalanya.

9/4/16
7pm

Sayang,
Zie.

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya Doa (Ramadan reminder)

Nafas

Haramain Part 1 -Madinah