Ujian Allah-kita sedar atau tidak?

"koo-tan kalah 1st game"
(agak kasihan.)

"pasal interlok yg tak sudah2"

"banjir..heheh.ada la sikit je kot brita de.."

"harga naik lagi-tak kisah la harga apaapa pun.termasuklah no pin UPU.ahaha.
harga sawi lah.harga minyak tok se ngoyak la...haha"

Bak kata sahabat,kecut perut dengar berita pasal msia.Macam dah pelik je.
Mungkin saya je yang baru sedar betapa 88888888888 je negara sendiri sekarang.Haih
.Orang tua tua selalu cakap "Ape laa nak jadi"

Bak kata sahabat lagi.Mungkin selama ni kita yang tak sedar diri.
Sekarang dah ada luar msia dan harihari update atau ambil tahu pasal msia.
Barulah nak tersentap sana sini.Hihi.

Bak kata sahabat lagi,_______________________

???

Sahabat ada hal sekejap.=)


Sekarang saya pula nak tulis,

Malas nak tulis yang tak patut.Mungkin beritaberita ada sahih atau buatbuat sahih.Orang yang menulis itu yang bertanggungjawab atas tulisannya.Orang yang dibawah atau akar umbi selalu sahaja mengetahui lebih daripada pengetahuan daun pokok yang di atas.Tak begitu?Ke tak faham? mungkin belum cukup umur agaknya.-abaikan.
Selalunya kita tahu banyak perkara.Tapi belum pasti kebenarannya.Nak terima bulatbulat tiga segi atau bujur pun tak boleh juga.Tapi disebabkan hal inilah orang pastinya buat andaian yang terlintas di fikiran.
Mungkin ada yang terus mencari jawapan.

Malas untuk saya bercakap panjang atas rasional ilmu yang dangkal semata.Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati nanti.=)

Masalah.

Makin hari makin banyak masalah atau suka saya nyatakan ujianNya.
Tidak kira ujian melawan hawa nafsu diri kita sendiri.

Terlalu kurang kasih sayang saya mahu bertanya?

Atau mungkin atas dasar "sukasukasukisaya lah.Saya punya hal".

Macam tu?

Atau mungkin "Saya rasa macam outdated je kalau jadi baikbaik sangat nih"

Macam ni?

Atau mungkin "Saje nak try test.(dah try nak testtest plak).Penat ah dah jadi baik je sebelum ni"

Ni ker?

Tidak kira hawa nafsu malas study mcm saya yg asyik blogging.
Hahaha.

Tidak kira hawa nafsu untuk melakukan banyak lagi maksiat.
Perkataan yang lagi senang untuk difahami.Kan..kan?Saya kan tak reti cakap kiaskias.opppsss.

Masalah itu ini.Kalau senang cerita.

"Apa dah jadi nih?Macam huru hara segala.Nak kata macam zaman jahiliyah tak la jugak sebab lagi baik inversi"

hah.Kan dah terkeluar buah fikiran saya yang asal.Saya malas nak mengutuk tak tentu pasal nih tapi itu yang nyata jelas tak perlu disuluh lagi saya rasa.Saya malas jugak nak ambil tahu kalau itu bukan masalah saya.

Tapi

Ada benda lagi besar saya malas.
Saya malas nak tanggung dosa la wahai "manusia manusia yang beriman sekalian".

Saya malas nak dapat dosa mengata tahapa2 pasal "manusia manusia yang beriman sekalian".

Kalau ikut hati memang saya malas pun nak ambil tahu.Biar je lah en.Umur pun semua bukan kanak kanak tadika.Semua dah bajet dewasa.Hanya tahu cakap zaman sekolah dah tak main la.Sekarang kan universiti.Nak kesah apa masalah kecik pun nak sibuk.

Kalau ikut hati,saya nak je gelak golek golek.
Nanti bila KITA dah betul betul boleh berfikiran matang,mesti KITA sekalian akan cakap
"bodoh gile aku dulu"
kan ..kan? Ke masih rasa diri sendiri je tengah betul.Diri sendiri tengah kumpul banyak pahala sebab solat tak penah tinggal.Puasa je siap puasa sunat lagi.Berzikir tambah lagi baca Quran.

Kalau nak ikut hati je.Memang habis lingkup lah camni.

Bak kata sahabat,

Kita beriman kepada Allah yang satu
Kita bertaqwa kepada Allah yang satu
Kita berpijak di bumi yang satu
Kita mendapat nikmat rezeki dari Allah yang satu
Kita mendapat nikmat terbesar dilahirkan Islam-agama Allah yang satu
Kita hanya hamba yang hina
Tak punya apa apa
Saya ulang tak punya APA APA

Kalau sekarang Allah tidak melihat atau tidak mempedulikan saya
Tidak mampu saya nak menggerakkan jari untuk menulis jika Allah tidak izinkan.
Tidak mampu untuk manusia manusia beriman sekalian untuk melakukan apa apa kerja.
Tidak mampu sama sekali!

Saya menulis atas dasar untuk mengingatkan diri saya seorang sahaja.
Setiap kali saya log in.Mungkin ada kala saya tersibuk mengejar dunia atau terleka melakukan perkara laranganNya.Saya akan terbaca tulisan saya sendiri.

Ya.
Memang saya tulis untuk saya je yang baca.Bukan untuk hamba Allah yang mungkin terleka di luar sana.Mungkin terlupa sebentar bahawa Allah itu sentiasa ada.Malaikat sentiasa mencatat amalan kita.
Memang saya buat blog tapi taknak kasi orang baca.
Memang pun.

Analoginya: "Jangan ambil duit adik sorok bawah bantal tau!" kan?



"Allah itu Maha Perkasa.Maha Bijaksana.Maha Pemurah.Maha Pengasih."


Saya hafal Asma ul-Husna.Saya baca.Saya hayati dan amalkan ke tidak??

WA.


Comments

Popular posts from this blog

Wise words

smiley :D

Love story