Kita ada Allah


Selepas selesai satu temuduga, beliau bersama beberapa rakan pergi makan di sebuah shopping complex.
Sambil tu berjalan-jalan dulu tengok apa yang patut.Lepas tu terserempak dengan sorang mamat yang berpakaian segak berkemeja ala salesman.


"Akak ni orang pahang kan? " lelaki tadi memulakan ayat mukaddimah.Taktik untuk mula berbicara dengan pelanggan.


Beliau cakap memang banyak orang akan cakap dia orang pahang.Sebab wajah iras-iras lebih kurang la.


Bla..bla..bla..


Lelaki tadi nak jual something rasanya.Tapi beliau dan rakan terus buat tak layan sebab malas nak beli beli ni.
Beliau perasan lelaki tadi terus menelefon seseorang.Mungkin rakan.


Beliau dan rakan terus berjalan dan tak jauh dari lelaki tadi,mereka terpaksa lalu depan sorang mamat smoker.Asap berkepul-kepul.


Beliau rasa tak sedap hati.


Tiba di food court, duduk di meja makan,tiba-tiba ada sorang lelaki menghampiri beliau dan duduk di hadapan.


Kelibat lelaki salesman tadi juga kelihatan di tempat sama beliau makan.


***


Disebabkan saya tak reti nak cerita selanjutnya,saya buat rumusan je lah.
Beliau cerita,bila laki tu mintak nak tengok jam tangan.Beliau bagi.


Bila laki tu nak gelang emas yang dipakai, beliau buka dan bagi!


Beliau cakap time tu sedar tak sedar.


Tiba-tiba beliau rasa beliau baca ayat seribu dinar.Dan terus tersedar.
Lelaki tadi lesap.Beliau jerit mintak tolong untuk kejar laki tadi, orang awam yang duduk makan di sekeliling senyap.Sepi tanpa sebarang respon!


Sambil nangis beliau mencari orang untuk minta bantuan,malang.Tiada siapa yang sudi untuk menghulurkan bantuan kecuali....


" Akak, ada apa ni?"


" Semua barang kena curi,termasuk phone dan duit."


Lelaki tu pass phone dia untuk dipinjamkan.Beliau terus call abang beliau untuk ambil.




1.Lelaki yang bajet salesman tu berkomplot dengan smoker tadi.Cara untuk pukau, asap rokok tadi tu.
2.Dunia sekarang, apa peranan public tadi? tengok je?
3.Lelaki yang tolong pinjam phone dia tu, beliau cakap rupa macam penagih dadah and homeless,tapi orang macam ni yang last2 sudi tolong.
4.Hati-hati apabila berada di luar.Dunia sekarang,macam macam boleh jadi.
5.Bacalah doa keluar rumah,naik kenderaan,ayat kursi dan ayat seribu dinar.InsyaAllah terhindar dari segala anasir jahat.




WARNING: dialog diolah sebab saya bukan ingat betul betul,beliau dalam cerita di atas merupakan guru saya dan beliau menceritakan pengalaman beliau dan kekuatan ayat seribu dinar untuk diambil pengajaran.














Mohon dan mintalah dariNya, Tuhan sekalian alam.
Maha mengetahui atas segala sesuatu. :)



Comments

Popular posts from this blog

Drama OSCE dan Long case

Kamsa

Hati