InshaAllah...dengan izin Allah


Salam.

Pagi tadi ,pagi yang paling buat saya terkesan.Amat-amat terkesan..



Pukul 8 pagi lebih, dah bersiap nak gerak pergi exam dekat CC.(convention centre).

Memang berhajat naik teksi pun sebab bawak passport batch bagai.

Jalanraya memang agak sesak kalau pagi-pagi.Tambah-tambah time macam ni sebab baru la egyptian akan keluar pergi kerja.

Tahan teksi and ada satu teksi ni stop.



"Gami' Ibrahim"

"Gami' Ibrahim"

"Gami' Ibrahim"

"Gami' Ibrahim"

Hah,sampai dalam empat kali ulang cakap nak pergi Gami' Ibrahim.

Saya tanya sahabat, kenapa ulang banyak kali? 



Sahabat : pakcik tu macam tak faham.

Dah naik. saya bajet lepas traffic light Kubri Gamaah ammu( panggilan untuk pakcik) tu nak terus macam biasa la nak ke Gami' Ibrahim selalu orang jalan terus aja.Sekali ammu tu belok sebab dia nak jalan highway depan laut.



Jalan depan laut kat sini macam biasa la style sehala saja.So, bila pakcik tu jalan, kena buat U-turn dulu baru patah balik nak ke arah tempat saya exam tu.Bila sampai kat depan bahr(laut), dalam hati terdetik...

"Hah, sudah.Gila punya jam jalan"

Terus saya cakap pada sahabat " weh, habisla..."

Saya lihat jam dah hampir pukul 8.25 pagi.Exam start pukul 9 pagi.Tapi selalu 8.50 pagi tu dia dah distribute kertas.Saya memang tak suka kalau lambat nanti masuk exam serabut.

Saya tak pasti ammu teksi tu faham bahasa melayu ke tak.Sebab dia cakap,

"InshaAllah..InshaAllah"

Dalam hati saya, hai biar betul ni.Jam teruk kot.Masih ragu-ragu.

Tiba-tiba ammu tanya " fi Gami' Ibrahim?"

"Aiwah" (Ya.)

"Ihna 'andik imtihaan innahardah.Mumkin bisur'ah" (Kitorang ada exam harini, boleh cepat sikit..)

"Saah kem? " (Jam berapa exam?)

"Saan tis'ah" (Pukul 9)

Saya macam orang serabut tanpa berfikir berkata " Dilwakti ya amm" (Sekarang pakcik)

Tahu apa ammu teksi tu reply?

"InshaAllah..InshaAllah"



Dengan yakin dia cakap inshaAllah akan sampai Gami' Ibrahim awal.

Dan terus saya rasa..

Ya Allah, kenapa aku tak yakin.
Kenapa aku tak yakin denganMu.
sedangkan
Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Astaghfirullahal'azim.

Ammu teksi drive sambil masih lagi cakap InshaAllah.

Saya ulang.InshaAllah...InshaAllah..Rasa dalam hati...

"How are you malaysian girls?" ammu teksi tanya.

Tetiba pulak pakcik ni.Malas nak jawab.Lepas tu dia tanya lagi.

"Kuwaiyisin" (Kami baik/ok)

"Kuwaiyisin? Fine?" accent english ammu teksi ni style sikit dan pelik =.="

"Yes, fine!"

Lepas tu dah nak sampai, dia cakap.See, baru pukul 8.30 pagi.InshaAllah.

*****




Pernah rasa malu dengan Allah?
Nah, rasakan how the feeling is.


Jangan pernah rasa "Ah ,mustahil la"
Tiada pernah mustahil bagi Allah.



Kamu,
Siapa pencipta kamu?
Bukankah Yang Maha Berkuasa.
Bukankah Yang Maha Mengetahui.


Kerdilnya manusia,
Tapi ..


Besar kesombongannya
Besar rasa tidak mahu bersyukurnya.

Allahu Allah.





"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan meng ada kan baginya jalan keluar Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah meng ada kan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"- terjemahan ayat seribu dinar


Comments

cornetto said…
betul la.kita susah kan nak letakkan tawakal dan kepercayaan yg betul2 kuat kt Allah kan? T____________T
:) said…
yeah,selalu rasa 100% tu time part susah baru nak 100%.T.T sentiasa la perbaiki diri kita kan.:)

Popular posts from this blog

Wise words

smiley :D

Love story