Senyum berkadar terus dengan 'penat'
Rasa 'penat'? Seringkali buat aku terhenti seketika... Rasa 'penat' ini jugalah yang buat aku tersedar dari lamunan dunia. Syukur, Aku masih mampu bernafas; walau rasa 'penat' ini hakikatnya mampu menghentikan gerak kerja Syukur, Aku masih mampu untuk bersyukur. Oleh kerana 'penat' ini jualah, Rungutan demi rungutan berlegar di ruang udara Bukan apa, Hanya sekadar mahu menyedapkan hati memberi peluang 'penat' tadi hilang dalam tawa. Pujuk hati, Jangan dilayan rasa 'penat' Nanti takut bawa pada kufur nikmat Alhamdulillah Allah ajar tenang itu sesungguhnya dariNya walau kadangkala 'penat' ini mengacau jiwa. nurnazihahmohdamin 12:47a.m caffeinevictim:) p/s: hanya penulis yg mmpu menafsirkan 'penat' itu.hehe