Senyum berkadar terus dengan 'penat'
Rasa 'penat'?
Seringkali buat aku terhenti seketika...
Rasa 'penat' ini jugalah yang buat aku tersedar dari lamunan dunia.
Syukur,
Aku masih mampu bernafas;
walau rasa 'penat' ini hakikatnya mampu menghentikan gerak kerja
Syukur,
Aku masih mampu untuk bersyukur.
Oleh kerana 'penat' ini jualah,
Rungutan demi rungutan berlegar di ruang udara
Bukan apa,
Hanya sekadar mahu menyedapkan hati
memberi peluang 'penat' tadi hilang dalam tawa.
Pujuk hati,
Jangan dilayan rasa 'penat'
Nanti takut bawa pada kufur nikmat
Alhamdulillah
Allah ajar tenang itu sesungguhnya dariNya
walau kadangkala 'penat' ini mengacau jiwa.
nurnazihahmohdamin
12:47a.m
caffeinevictim:)
p/s: hanya penulis yg mmpu menafsirkan 'penat' itu.hehe
Comments