Belated teacher's day.Hee


Tiada satu pun SMS yang ter delivered tahun ni.Even ucap komen pada "dinding facebook".
Sedih,pilu semua ada.Rasa nak wish face to face pun ada..



InshaAllah, semua yang pernah jadi guru bertauliah atau tidak pada saya, inshaAllah inshaAllah selalu ada dalam doa.Guru bertauliah macam biasa la banyaaaaaaaaaaaaaaaak.Kalau ikut hati nak senarai semua sebab excited.Tapi apakan daya..Hehe.


Mrs Wu Chow Wah, Pn Siti Zanuriah, Pn Rohani Abd Hamid, Ustzh Nurul Huda, Ustzh Nur Izzah, Pn Azizah, Pn NoorAini(ni selalu tumpang kereta beliau dulu.hihi).ustaz.dan semua yang lain.InshaAllah saya masih ingat.Cuma yang tak ingat guru besar,nama beliau.Even every week assembly, rasanya ada makhluk baca skrip.Haha.Adeeh.Rasanya sebab banyak kali tukar guru besar.Barangkali..Mungkin juga sebagai alasan sebab tak ingat nama.-.-


Pn Zuwina, ehehe.Ni guru kelas time gua/saya/aku/ana tingkatan 1 setengah..Seingatnya, cikgu adakan debat between ikhwah akhawat (ecewah sejak bila zaman sekolah pandai guna term-term ni.haha).Saya pun dah tak ingat macam mana boleh ter- join, bersama dua lagi sahabat.farahin dan sorang lagi.Hilang ingatan dah sebenarnya..Dan seingatnya lagi, team perempuan menang dengan markah 200/100 lebih kurang.Ini serius.Haha.Rasanya sebab izin laluan dan pergaduhan besaar berlaku antara menteri-menteri terlibat.

Belum masuk cerita Cikgu Rosli mengajar semua tidur kecuali dua tiga orang yang masih berjaga dan antaranya confirmlah saya! (tak boleh jalan betul -,-).Bila dah part tengah hari ,dua masa sebelum p&p berakhir, biasalah panas terik hanya Tuhan yang tahu.Even kipas on tapi masih perlu menggunakan kipas tangan.Oh,sebelum terlupa Cikgu Rosli ajar subjek geografi sebenarnya...Tapi saya rasa tiba subjek sejarah pun begitu jualah keadaannya.Termasuk subjek Bahasa Melayu time form 1, hanya tinggal dua orang plus minus yang tak tidur..Astaghfirullahal'azim.Orientasi yang menyiksa jiwa mungkin.


Kena berdiri dalam kelas, berdiri luar kelas dekat koridor sampai habis waktu sebelum rehat.Gara-gara tak siapkan esei yang wajib semua orang karang untuk dihantar ke pertandingan.Time ni umur saya 17 tahun, oh.Perasaan yang berbelah-bahagi, perasaan segan kerana orang comel dan famous kena berdiri kat koridor ditambah budak kelas lain yang keluar awal untuk rehat,serta dipandang junior dari blok berlawanan.Perghhhh.Difikirkan balik, nasib baik ramai lagi member yang turut serta berdiri iaitu hanya tinggal kurang dari 10 orang yang siapkan esei tu, hilang sedikit perasaan malu tadi.Hahahaha.


Rindu jugak pada Cikgu Hazian, ajar maths, well.orang kata muka iras muka saya.Apakan daya..Hihi.
Tak boleh siarkan gambar sebab nanti berlaku perbandingan ketara sebab cikgu cantik lagi..hehe.







Ustazah Sholihah Ahmad, ajar Bahasa Arab Tinggi.:) part yang lawaknya, saya baru je tau Ustaz Akli Ahmad tu adik ustazah,padahal dulu ustaz Akli bagi ceramah dekat sekolah.Ahaha,nampak sangat buat apa la time ceramah.=="

Guru kelas yang saya kira paling saya admire.Hehe.Character beliau sebenarnya buat saya rasa beliau "dekat" dengan anak muridnya.









bahasa kedah.tak faham,tanya jiran.harap maklum.



Ini hanya sebahagian kisah-kisah minoriti dan tidak menarik untuk diceritakan.Tapi masih boleh diingat.Orang lain saya kira punya kisah menarik untuk dikongsi jika bercerita perihal #schoolmemories.Kisah panjat tangki air barangkali? Disebabkan saya cuak untuk berlari ke atas, maka niat terbatal setelah diajak,didesak untuk turut sama.Saya menolak dengan baik atas alasan mahu menyambung membaca Al-Quran.Muahaha.Padahal tinggi tu satu hal, nak lari lari, selinap bawah pagar, panjat pagar, dah ala-ala plkn perghh memang takla nazihahamin yang control ayu nak buat kan.Semua gejala rahsia ni berlaku pada hari Jumaat di mana tiada seorang ikhwah pun berada dalam kawasan sekolah termasuklah...pak guard yang betul-betul bilik beliau depan kawasan larangan tangki air tu.Hikhikhik.


Ummi, guru yang mengajar saya paling lama dalam sejarah.Hihi.
Abah juga.


Happy Teacher's Day Ummi!
Happy Teacher's to-be day Gbob!
Nadiah and others too.:)



"Ya Allah,Engkau Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, rahmatilah mereka dengan rahmat kasih sayangMu, limpahkan kurniaMu ke atas mereka, moga sejahtera kehidupan mereka di dunia dan akhirat".Ameen Ya Rabbal 'alamin.






Comments

Popular posts from this blog

Drama OSCE dan Long case

Kamsa

Hati