Budak-budak selalu jujur



Tiada perlu mukaddimah.Kerana?
Entry ini agak tidak berfaedah saya kira. Pengeluaran entry hanya berlaku apabila ia directly proportional dengan emosi.Haha.Stghesssss.


Mari ikuti kisah benar di bawah.Hehe:


Pada malam yang hening, saya bersama kedua ibu bapa sedang mencari restoren untuk makan malam.
Dan apabila terjumpa sebuah restoren yang agak weird, berhenti juga kerana satu-satunya restoren yang buka kerana pada hari itu semua restoren tutup.

Abaikan penggunaan tatabahasa yang teruk.

Sementara menunggu makanan yang di order sampai, agak lama. Abah berulang-kali pergi ke kaunter bertanyakan bila makanan akan sampai.

Kelihatan hanya tiga hingga empat orang pekerja yang tinggal.Saya kira hanya tiga orang rasanya, ibu ayah dan seorang anak perempuan yang tugasnya mengambil pesanan.

Tunggu saja dengan separa sabar.

Oleh kerana restoren open, agak gelap .Hanya lampu-lampu kelip kelip hari raya yang menyinari.Tidak lupa bulan yang lebih cerah saya kira.

Saya mengalih pandangan ke meja sebelah.Seorang ibu dan anak kecilnya sahaja.Umur dalam 5 atau 6 rasanya.Macam tadika. Setelah makanan mereka siap, sebab hanya take away, ibu itu pun mengajak anaknya pulang..

Saya hanya memandang gelagat anaknya yang tidak mahu pulang.

Ditarik (dengan baik) oleh ibunya, dan secara jelas saya dengar budak kecil itu mengatakan sesuatu sambil melihat saya dan dalam keadaan terpaksa untuk pulang.

Saya yakin dan percaya bahawa sesungguhnya (baca nada ruzaidi debat BM), anda pasti mahu tahu apakah ayat yang telah dilontar oleh budak kecil tadi selaku pihak kerajaan.Haha.

Oleh kerana saya telah terbaca satu entry ariffshah berkenaan " Budak memang jujur", ...Anda pasti setuju dengan statement ni bukan? Mungkin berdasarkan pengalaman masing-masing...maka saya dengan luluh hati ingin beritahu apa yang telah dikatakan oleh anak kecil tadi.

























" Ibu, kakak tu cantik la! "





Saya buat-buat tak dengar tapi hanya membalas senyuman kepada ibunya tadi.....

Comments

zihah ini series lawak..
pnat metot teke2 apela budak tu ckp..
HAHAHAHA..
:) said…
hahaha.it is true indeed!

mesti orang ingat ni cerita makan kt restoren tepi jalan malam malam mcm cerita dalam mastika.XD

maybe sbb time tu wearing jubah ala-ala ustazah pilihan.LOL

Popular posts from this blog

Wise words

smiley :D

Love story