Bukan kisah Laila Majnun cerekarama



Siapa masih ingat kisah Saidina Umar,seorang pemimpin yang hebat, di mana sebelah malam, Saidina Umar akan turun sendiri melihat,memantau rakyatnya..

Ala cerita seorang gadis dan seorang ibu yang menjual susu..

Pada malam itu, Saidina Umar ditemani Aslam duduk berehat sebentar.Ditakdirkan Allah terdengan perbualan mereka tadi.

"Mari bantu ibu campurkan air ke dalam susu"

" Ibu, masihkah ibu ingat pesan Saidina Umar.Apabila mencampurkan air ke dalam susu dikira menipu"

" Tak apa, Umar bukannya ada di sini sekarang"

" Betul, Umar tiada tapi tuhan Umar ada sentiasa melihat kita.."


Saidina Umar betul-betul tersentuh dan menyuruh Aslam "mark" rumah mereka dan menyiasat siapkah penghuni rumah tersebut..


Secara jujur, saya hanya tahu ceritanya sampai di sini.Tiada sambungan.Akan tetapi, Allah beri ilmu baru malam ni..

Lepas je dah tahu memang hanya mereka berdua tinggal di dalam rumah, susah nak jumpa gadis yang betul betul takutkan Allah, maka Saidina Umar melamar gadis tadi untuk anaknya..Anak lelakinya yang ketiga..(Saidina Umar ada tiga anak lelaki tetapi dua sudah berkahwin)

Hasil perkahwinan anak lelakinya itu maka lahirlah seorang anak perempuan yang bernama Laila.

Maka Laila pun berkahwin dengan Abdul Aziz dan lahirlah seorang yang hebat iaitu Umar Abdul Aziz..


Apa mesej yang nak disampaikan sebenarnya?

"Nak lahirkan seorang yang hebat seperti Umar Abdul Aziz adalah dari wanita yang juga hebat kecintaannya kepada Allah dan takutkan Allah."-ustaz


Macam saya pernah dengar ceramah ustaz Don, beliau nyatakan part of hadeeth narrated by Ibnu Majah "..Choose a spouse for your children,not for yourself"



p/s: bukan nak cakap suruh kahwin bagai, haha.cuma tertarik untuk share part of contents tazkirah lepas terawih tadi.

p/s/s: ustaz cakap kerajaan Kedah sebenarnya lagi awal menerima Islam iaitu 1138 Masihi dari kerajaan Melaka(1511 kot?) walaupun sultan nama sama, Sultan Muzaffar Syah.
Lepastu saya tunduk lantai, dan senyum.HAHAHA

Comments

faha mieza said…
Salam Zihah...

Dah ada di Malaysia ye?

Selamat Beribadah di bulan Ramadhan ini :)

Doakan kami nak exam bermula hujung bulan ini...

:)
:) said…
wslm, akak !

hee.alhamdulillah..a'a

inshaAllah.inshaAllah :D :D

Popular posts from this blog

Drama OSCE dan Long case

Kamsa

Hati