Jual beli akhirat tidak guna ringgit malaysia tapi nilainya dosa pahala

2nd Ramadan, 3rd night teraweeh -bukan kisah laila majnun cerekarama


Muflis, bukan di Malaysia tapi negeri akhirat.


Nabi bertanya kepada sahabat "Tahukah kamu siapakah orang muflis?"

Sahabat menjawab tidak tahu.

Lalu Rasulullah bersabda menerangkan perihal muflis.

Full hadis boleh lihat di facebook ustaz hasrizal.Beliau pernah update status tentang hadis ni.


Siapakah orang yang muflis?

Mereka itu kata nabi, orang yang sempurna solatnya, dia bayar zakat, berpuasa, menunaikan haji

tapi....

tapi mereka itu

- kaki pukul (atau melakukan perkara yang sama dengannya)

- suka mengadu domba

-mencela,mengumpat,fitnah orang lain


Mereka ini di akhirat, orang-orang yang dipukul oleh mereka, diumpat, difitnah dan sebagainya akan datang untuk menuntut hak mereka.

Beratur panjang orang-orang yang menjadi "bahan" mereka menunggu giliran untuk menuntut hak.

Sebagai contoh:

Isteri datang menuntut hak dari suami si fulan.Suami pernah menamparnya.Bukan sekali tapi sepanjang tempoh perkahwinan.

Di akhirat, pahala kita berbentuk.Bentuknya wallahualam.

Sebagai balasan, (contoh)100 pahala suami diberikan kepada si isteri.

Ini baru satu hak si isteri yang dituntut.Belum lagi hak isteri lain yang tidak tertunai.

Dan belum masuk lagi anak-anak, jiran, ibu bapa, sanak-saudara, rakan-rakan datang menuntut hak-hak mereka.

MasyaAllah.

Kata nabi, semua yang datang menuntut pahala dari si fulan , jikalau habis pahalanya,

orang yang datang menuntut hak tadi akan memberi dosanya kepada si fulan tadi!


Sudah la pahala tiada, dosa pula bertambah!


Cuba kita refleksi diri, adakah ciri-ciri muflis itu ada pada kita?

Mungkin kita bukan golongan kaki pukul,gangster, tapi mungkin kita pernah membuli junior mahupun rakan satu batch yang "junior" ?

Mungkin kita bukan golongan pemfitnah, tapi mungkin umpatan/kutukan itu menjadi "sajian harian" kita terutamanya perempuan?

Nak tahu macam mana yang dikatakan mengumpat? Tunggu next entry saya inshaAllah.


"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
 Engkau ampunilah dosa-dosa kami, 
dosa-dosa kecil mahupun besar,
 dosa-dosa yang kami sengaja lakukan atau tidak sengaja,
 Ya Allah peliharalah kami dari melakukan kemungkaran, 
Ya Khaliq, sesungguhnya Engkau yang memegang hati-hati hambaMu, tenangkanlah jiwa dan hati kami."

Ameen Ya Rabbal'alamin



Jadilah jutawan berjaya, dunia dan akhirat !

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya Doa (Ramadan reminder)

Haramain Part 2 - Mecca

Haramain Part 1 -Madinah