Headshot tepat !



Allah..


Semalam dikejutkan dengan berita sahabat dentist yang diuji oleh Allah terbakar ketika menjalankan eksperimen di lab..


Malam ini dikejutkan dengan syahidnya Ahmad Al-Ja'bary selepas serangan udara oleh Zionis Israel Laknatullah..


Bukti Allah Maha Kuasa.
Sekelip mata Allah boleh tarik segala 'pinjaman' Dia pada kita..


Jika kita ditempat mereka, apa yang SEDANG kita lakukan?

Masih mampu bergelak ketawa?
Masih mampu mengejar berapa movie yang belum dikhatam?
Masih mampu membuang masa perkara yang kurang/tidak berfaedah?


Ketawa sahaja mereka melihat kita terlalu mengejar hal-hal dunia..
Sibuk betul !
Hingga lupa masih ada perjalanan panjang SELEPAS dunia.
Infinity jika dibandingkan 60 tahun 70 tahun usia manusia..


Bayang diri kita di tempat mereka,
Sedang leka hal dunia, dihujani peluru-peluru tentera;
Mati kita bagaimana?
Sia-sia?


Malu...tersangat malu..
Allah....


Terbaca satu poster dan ingin berkongsi,



" Di antara orang-orang yang beriman itu, 

ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah DIJANJIKANNYA KEPADA ALLAH (UNTUK BERJUANG MEMBELA ISLAM) ;

maka di antara mereka ada yang TELAH SELESAI menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid)

dan di antaranya ada yang MENUNGGU GILIRAN dan mereka pula TIDAK mengubah (apa yang mereka janjikan itu) SEDIKITPUN "

Al-Ahzab : 23



Kata Imam Habib Al-Jufri ,


Akal fikiran Allah kurniakan, kita buat apa?
Takkan sikit pun , sekejap pun taknak fikir?


Memang benar firman Allah.

" Apakah kamu TIDAK berfikir? "



Pray pray pray pray and keep praying for our brothers and sisters!



Memang Allah cipta akal fikiran manusia terbatas,
sebenarnya kita lemah sebab orang lain kuat atau kita malas?


Refleks!


Ya Allah jadikan kami tergolong dalam golongan hambaMu yang diredhai.Aameen.

Comments

Allahurabbi..
muhasabah sebentar.
zihah said…
tangan yg mnulis lebih perlu muhasabah brbnding yg lain.nabilah :)
Anonymous said…
insyaallah,moga terus thabat:)

Popular posts from this blog

Drama OSCE dan Long case

Kamsa

Hati