Love story ( Part 2 )
Bersalam
Seorang perempuan dilihat sopan bertudung labuh dan mengenakan jubah berwarna merah.Turut berdiri di sebelahnya adik perempuan beliau.
Aisyah saya kenal sejak beberapa tahun lepas.Sama-sama membantu menjadi coach netball untuk pelajar tadika.Waktu yang sama saya mengajar sementara di situ.
B: Oh..Awak tengah cuti la sekarang?
A: A'a..hehe.tengah cuti kejap je la.Akak cuti jgk?
'a'a sama la..akak cuti summer 3 bulan.hee' balasku dengan nada sedikit ceria..excited orang kata...
Berborak sebentar.Selepas itu meminta izin untuk mencari buku di bahagian belakang.
Senyum..Manis.
Aku berjalan sambil mata liar meninjau buku yang ada..
Tiba di bahagian sebelah kanan kedai..Seorang insan sedang khusyuk membaca buku yang ingin dibelinya.Susuk tubuhnya kurus dan tinggi serta berseluar pendek betul-betul paras lutut sahaja.Aku tidak mengenalinya,tapi yang aku pasti dia adalah lelaki..Haha.
" Amboi khusyuk betul baca buku.."bermonolog sendirian.
Dalam hati agak curious dengan buku yang dibacanya.Tapi aku berlakon lah seperti orang yang ingin mencari buku juga.Selang dua rak buku dari lelaki tadi.
Dari riak wajah dan body language,dia
seperti kurang senang.
Mungkin malu dengan saya yang konon macam ustazah melihat dia yang sedang menelaah buku tersebut.
Lantas saya beredar dan mencari buku lain.
Saya bimbang dia yang terlebih dahulu beredar dan tidak meneruskan pembacaannya.
Kerana saya tersedar ruangan buku-buku tadi rupanya dilabel..
"AGAMA & MOTIVASI"...
x
Comments