Jutawan dunia, bahagia !
Even entry ni bertarikh 26 Disember 2012.
http://www.mazidulakmal.com/2012/12/pendedahan-ini-mungkin-mengelakkan.html
Patutla pn abah selalu cakap orang banyak kali call. Pasal insurans ni lah bagai.
Siap mention nama saya sekian sekian.
Sebabnya saya study sini, so kalau call pun mmg tak penah terjawab la.
Amanah
Jujur
Ikhlas
Teringat satu part dalam video ceramah ustaz Don tentang Wakaf.Tapi bukan ilmu tentang wakaf je tapi banyak lagi isi lain jugak.Mula-mula saya sendiri macam tak berminat nak tengok, tapi sebab macam free so tengok jelah sampai habis.
Ustaz cerita, waktu dia pergi Brunei berjumpa dengan anak murid Ustaz Harun Din.
So ustaz (which anak murid UHD) la yang cerita.
Ana malas nak trim video untuk paste kat sini.Lebih kurang beginilah ceritanya.
Ada dua orang sahabat ni betting.Kata seorang kawan kepada kawannya yang seorang lagi.
" Kalau hang berani masuk dalam kubur untuk sehari.Aku bagi sejuta.Kalau dua hari dua juta."
Kawan yang lagi seorang tu pun setuju.
"OK.Boleh.Tapi janji dah kan sehari sejuta.."
Hari tu jugak, korek kubur dan tanam kawannya yang seorang lagi tu.
Nak ditakdirkan, kawan yang setuju untuk masuk ke dalam kubur tadi, ada lebih kurang 10sen (terbawa masuk sekali la kot ).
"Bila masuk kawasan Allah, tau la Allah nak buat apa kan? "- Ustaz Don.
Dan dengan izin Allah, malaikat datang bertanya.
Perihal apa?
10 sen tadi !
Dari mana dia dapat? Macam mana dia dapat ? ....................................etc
Keluar saja dari kubur, kawan dia nak bagi sejuta.
Kawan tadi cakap.
" Tak apalah, simpan ajalah sejuta tu dengan hang.Tak sanggup aku.
Baru 10sen pun malaikat dah tanya macam-macam tak larat aku nak jawab."
Kalau orang tua tua cakap, tanya tak sudah !
Bila bekerja, tapi menipu.
Tak kisah la, dia rasa dia tipu sikit, tipu macam tak tipu, tipu banyak apatah lagi.
Dengan hasil itu anda di dunia jadi jutawan .Megah . Hebat.
Di akhirat, anda juga berjaya.Jangan risau.
Muflis Berjaya.
Tahniah !
Comments