Syurga Adn dan neraka berbicara # Part 1


Allah cipta Jannatu Al-Adn..yakni orang slalu sebut syurga 'Adn.

Syurga, tempat yang tak akan pernah terbayang oleh akal manusia, disediakan music yang tak pernah didengar oleh manusia,apatah
lagi bermacam lagi nikmat lain yang Allah sediakan untuk hambaNya.

Bila Allah perintah syurga Adn untuk cakap.
Maka syurga Adn pun taat dgn perintah Allah.Nak tau apa yg syurga cakap?

"Qod aflahal mukminuun"

" Qod aflahal mukminuun"

" Qod aflahal mukminuun "

"Amat beruntung hamba yang taat dan percaya Allah dan yang beriman denganNya"

MasyaAllah .Subhanallah :)


Dan syurga sambung

"Aku haramkan bagi mereka yang bakhil dan riak kepada Allah"

Bakhil nak beribadah pada Allah.


" Ahh harini i busy la.tak sempat nak terawih"

" I penat la..malas nak solat di masjid"

Boleh Allah terima alasan sibuk kita.Penat kita? Sedangkan kita minta balasannya syurga.

Bakhil melakukan kebaikan pada manusia lain.Berkira bila bersedekah.

Bakhil nak berselawat pada Nabi.Ustaz tanya berapa ramai bila imam baca khutbah  Jumaat part sollu ala nabi, siapa yang berselawat? Yang nak berselawat kuat.Silakan.Yang nak berselawat perlahan .Silakan.Yang berselawat dalam hati.juga boleh tapi kita sihat boleh cakap tak bisu lagi kenapa nak malu? Ye dok? Hehe

Memang betul ustaz cakap orang arab bila part ni semangat berselawat.Haritu time shopping kt carrefour sengaja pergi hari Jumaat sebab cuti tu satu hal, sebab teringin and suka nak dengar khutbah tu satu hal.Haha.Lagipun start pukul 11 lebih semua kedai dah tutup.


Jadinya join la skali dengar khutbah.Time imam sebut saja Nabi Muhammad , kedengaran semua jemaah kt musolla tu selawat.Allahumma solli ala Muhammad.

Allah berfirman " Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi.Maka berselawatlah kamu kpdnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya " (33:56)

Comments

Popular posts from this blog

Wise words

smiley :D

Love story