Bagaimana perasaan kita kepada......




Bismillah



Usai solat maghrib tadi, terfikir tentang few things. Jadi resah.Risau.Jadi, ambil quran dan baca.Teringat lagu opick "Obat Hati "..Terus teringat ubat hati ada 5 perkara.Termasuklah "baca quran dan maknanya"..
Bila baca, rajinkan diri baca tafsir sekejap.

Sambung je muka surat sebelum ni,


Pap !


Sekali kat ending page, ada ayat jawapan kepada persoalan resah dan risau tadi.

Subhanallah :)

Ana tersenyum.Ketawa kecil.


Tenang hati.Percaya.

Tapi, siap dapat extra "nasihat".

Ana nak ambil satu ayat penghujung saja,




"............Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang SEDIKIT, dibanding dengan kehidupan akhirat"
[Surah Ar-ra'd: ayat 26]




Ada satu video yang related, boleh la tengok










Bila stress, tertekan.Refleks balik.Apa benda yang kita nak kejar sangat sampai stress?
Fikir balik, bila waktu susah,rasa tak tenang,kita muhasabah, kita minta tolong dari Allah ke tak? Atau kita hanya duduk berfikir dan melayan tekanan perasaan, sedih, gelisah tanpa sedar sebenarnya yang berkuasa tu Allah.Macam ada sorang sahabat ana kongsi, dia pergi talk cerita kisah update pasal Mesir, pasal presiden Mesir.Kita jadi marah dengan pihak "sekian", kita jadi marah dengan pemikiran dan sikap sesetengah manusia golongan sekian.Tapi sekali satu syeikh dari Palestin ni datang depan sambil senyum.Syeikh cakap (edited) :





" Kalau kita fikir ikut situasi tentera yang memerintah, memang bila bila masa saja nampak kita takkan menang.Apa akan jadi lepasni ?
Tapi, cuba lihat dan singkap kisah Perang Tabuk, tentera Islam menang sedangkan sampai Nabi ikat perut dengan batu,lapar, depan tentera musuh beribu dah tunggu.Tapi Islam menang.Allah hantar ribut pasir.Tentera musuh kalah sebab ribut pasir je.Nak buktikan apa ? 
Even kita rasa bila tentera yang pegang kuasa, jangan risau, kalau Allah nak biarkan musuh kalah, sekelip mata bila bila masa dengan mudah je boleh.Yang menjadi masalah, cuba tanya diri kita....

















Bagaimana hubungan kita dengan Allah ?





Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya Doa (Ramadan reminder)

Nafas

Haramain Part 1 -Madinah