Haramain Part 2 - Mecca



Salam, yeah we meet again in this second and last part of the video.

Long story short, umrah kali ni (Nov 2016) sebenarnya dibawa oleh pakcik saya as a second mutawwif. So the whole group (30+) tu semuanya adalah relatives sebelah umi. Hehe.

Bila setiap kali makcik makcik yang borak di masjidilharam tanya saya datang satu group berapa orang, saya jawab ' satu bas, tapi tu semua family saya makcik'. Gelak kecil kami kat situ.

Most tu saya pernah jumpa time kenduri kahwin/bila ada family gathering yang besar. Ada yang saya ingat nama, ada yang tak. (biasala generasi xyz memang mcm ni haha).

And bila sampai Mekah, ada  family dari sebelah abah yg tunaikan umrah juga, itu yang ramai je dalam gambar. (dlm video kt bawah).

Family history nenek (my umi's side) mmg tinggal sana.The only yang stay Malaysia, nenek je. Kalau nak cerita pun dah panjang and complicated. (cite banyak kali pun aku tak ingat sebenarnya lol) Selalunya, bila ada ahli keluarga yang ke sana dijemput lah ke rumah/ dorang bawak makanan untuk jamu semua orang. MashaAllah, may Allah bless them.

So nampak mcm kenduri kalau tengok dalam video, yes tu semua relatives. haha.

Sebenarnya, ada satu dua benda menarik yang jadi time dekat Mekah. Tapi, takboleh nak story. Bila teringat memang rasa lawak. 

Ni bukan cite menarik kat atas ni ,tapi cerita insaf dosa banyak sangat :

Dari KLIA lagi kaki kanan saya dah luka lepas kena langgar dengan trolley luggage dari belakang. Makcik tu tolak laju sangat haha.Serius tak ambil hati pun, saya siap gelak dan menjerit "ouchh" tu kuat gila sampai semua orang tengok.(tapi memang sakit sangat ,sbb saya tak pernah menjerit mcm tu sekali ok LOL).  Tak bleed cuma mcm terkoyak kulit je besar 1cm and pedih ngilu rasa dia. Dalam hati takdehal kot kecik je luka. 

Time onboard tu , saya dah rasa macam pedih pedih gitu kaki. Lepas turun long hours flight, haaa sekali kaki dah jadi kaki gajah. Reddish, hot, edematous, painful. Saya siap tukar kasut pakai crocs tu pun kaki tak muat. Hahaha. Wound tu worsen sebab saya bandage most of the time, no choice.Lagipun waktu solat dekat dekat je especially dekat Mekah. Kalau tak bandage, tak boleh jalan rasa mcm takde grip. Balik lepas Isyak baru lah boleh buat RICE tu..(ice takla). Bila bangun tidur, dia surut. Time tu jela surut haha, sebab start subuh sampai isyak banyak jalan and duduk dekat masjid. Dia bengkak as usual. 

Ada one time tengah tawaf, orang belakang tersepak kaki saya betul betul dekat tempat luka tu "pehhhhh" rasa dia astaghfirullahal'azim. Sikit lagi je reflex nak pusing belakang, kalau tak batal dah pusingan tu ! haha. Waktu tawaf ni, kena ingat bukan manusia je ada, ada hamba Allah yang lain juga. Kalau ada ujian tu, sabar. :).

Jujur, sepanjang kaki sakit, saya takrasa nak terfikir fikir sangat sakit tu. Doa je dipermudah ibadah.

Sebelum perform umrah wajib, kaki saya paling sakit time ni.Maximum score dah. Saya cuma doa Allah mudahkan ibadah saya. Alhamdulillah selesai umrah tanpa ada sakit pun. Kalau rasa macam sengal sengal tu saya jalan slowkan pace. Bila tengok ada orang patah kaki pun tetap ibadah, apa lah sangat setakat sakit sikit tu je. Tapi tengok orang sa'ie naik moto tu,mcm best jugak. Siap dah janji nak naik untuk umrah sunat sebab Muaz pun sakit kaki. hihi. End up guna kudrat yang ada, alhamdulillah. 

Walaupun selalu nangis time solat sebab sakit ditambah mengenang dosa dosa menggunung tak ternilai tu. (hee takpe sebab orang sebelah sebelah pun nangis jugaa :p :p). 

Moga Allah ampunkan dosa dosa kecil besar, dosa sengaja dan yang tak sengaja, yang saya tahu dan tidak tahu. Amin Ya Rabbal'alamin.


Part yang tak menarik , kena marah dengan tokey kedai perfume. Saya mintak diskaun, tapi tak beli. Yelah, lepas diskaun pun still mahal. Haha. Lagipun sebelum takhfid (discount), saya dah cakap saya cuma tanya KALAU diskaun dia nak bagi berapa. Its okay dah biasa Arab marah marah ni. Hehe.

Saya compile kan gambar as video ni sebab malas nak upload satu satu, kan banyak tu. Lagipun nanti gambar tu keluar kat google ahaha. So let it be dekat youtube je.


Moga jadi tetamu Allah lagi jika dipanjangkan umur.

Sayang,
zie :)



Notes :
1. orang OCD tak boleh tengok video ni sebab ni bukan video.haha. 
2. record guna phone, random je bukan niat asal nak record.edit guna premiere procc dan malas.
3. video shaking pening kepala korang tu sebab time tu sakit kaki, record asal boleh je nama dia.
4. jangan tanya mcm mana aku boleh record time orang sa'ie kt situ.hehehe
5. the whole time dekat mekah jalan kedek kedek sbb kaki bengkak and bandage.yes sampai balik msia pun gitu le kaki aku. (iye dosaaaa banyak sangat turun sampai ke kaki T.T)

Comments

shakirah said…
comeinyaaaa template baruuu 😊

Popular posts from this blog

Hebatnya Doa (Ramadan reminder)

Nafas

Haramain Part 1 -Madinah